Tentang Kami
#kompincare | #kompinlead
Tentang Kami
Kelab Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Pintar atau KOMPIN adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan penambahbaikan kehidupan komuniti dengan bantuan sains dan teknologi bagi tujuan penjimatan, peningkatan kualiti dan produktiviti serta kebajikan ahli komuniti. KOMPIN dengan moto ‘KITA PRIHATIN, KITA PIMPIN’ akan menjadi wadah pembentukan komuniti pintar yang dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi masa kini tanpa meninggalkan nilai-nilai murni bangsa agar ahli komuniti hidup sejahtera dan harmoni.
Misi
- Membantu mengumpul dan menyalurkan bantuan kebajikan kepada komuniti
- Mewujudkan jalinan kerjasama antara ahli komuniti
- Membimbing ke arah mentransformasikan ahli komuniti supaya lebih produktif dan berdaya saing
Visi
Pemangkin kepada perubahan minda, peningkatan keupayaan komuniti dan ke arah mewujudkan komuniti yang berdaya saing
KITA PRIHATIN
KELAB KOMPIN ADALAH WADAH BAGI AHLINYA MENGUMPUL DAN MENGAGIHKAN PEMBIAYAAN DANA, PERALATAN, BANTUAN ASAS KEPADA AHLI KOMUNITI DENGAN TUJUAN MENCAPAI MISI DAN VISI KELAB.
KITA PIMPIN
KELAB KOMPIN BERPERANAN UNTUK MEMIMPIN AHLI KOMUNITI MELALUI PROGRAM SEPERTI SEMINAR DAN BENGKEL. INI MERUPAKAN SALAH SATU INISIATIF MEMBANTU MEREKA MENINGKATKAN KEMAHIRAN , KUALITI, PRODUKTIVITI SERTA KEBERKESANAN DALAM BERDAYA SAING.