Oleh yang demikian, KOMPIN mengambil inisiatif melaksanakan PROGRAM PRIHATIN bagi mengumpul dana supaya ia dapat diagih-agihkan kepada mereka-mereka yang terkesan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.
Bantuan akan diagih dalam bentuk BEKALAN MAKANAN ASAS yang kami sasarkan bernilai RM50.00 per bakul untuk satu keluarga.
Justeru, kepada para sekalian kami memohon supaya anda dapat menyokong Program ini dengan memberi sumbangan seikhlas hati anda dan menyebar luaskan tentang program ini supaya lebih ramai saudara serta saudari kita dapat dibantu.
Kepada saudara saudari yang memerlukan sumbangan, jangan malu jangan segan, isikan maklumat anda pada borang di pautan di bawah. Kami akan cuba sebaiknya untuk membantu meringankan beban anda diwaktu sukar ini.