Kelab Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Pintar atau KOMPIN adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan penambahbaikan kehidupan komuniti dengan bantuan sains dan teknologi bagi tujuan penjimatan, peningkatan kualiti dan produktiviti serta kebajikan ahli komuniti. KOMPIN dengan moto ‘KITA PRIHATIN, KITA PIMPIN’ akan menjadi wadah pembentukan komuniti pintar yang dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi masa kini tanpa meninggalkan nilai-nilai murni bangsa agar ahli komuniti hidup sejahtera dan harmoni.