Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
PORTAL PENDERMA
Portal Penderma adalah sebuah platform untuk membuat semakan rekod sumbangan yang telah disalurkan.
Sumbangan anda melalui KOMPIN akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, dan penguasaan serta kemahiran diri dalam bidang teknologi maklumat, pendidikan, kesihatan, alam sekitar, pengangkutan yang semakin canggih.