Kumpulan Pengurusan
#kompincare | #kompinlead
LEMBAGA PENASIHAT
Antara pakar-pakar yang memberi dorongan dan bimbingan kepada perkembangan KOMPIN
KUMPULAN PENGURUSAN KOMPIN
Barisan penggerak yang sentiasa berusaha memastikan halatuju KOMPIN dapat direalisasikan
PENGASAS | PENGERUSI
TUAN NORDIN BIN OTHMAN
B. ENG. (Hons)
Seorang yang berjiwa besar dan sentiasa bergerak aktif untuk memimpin komuniti ke arah yang lebih baik pada masa hadapan. Pernah menuntut di Han Yang Universiti, Seoul, Korea Selatan dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pengurusan. Kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Kumpulan Paradise.
Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan sejak tahun 2010. Beliau banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti amal bersama NGO-NGO lain. Justeru melalui pengalaman tersebut beliau mengasaskan KOMPIN sebagai wadah berkebajikan untuk mensejahterakan komuniti ke arah pembentukan Komuniti Pintar.
TIMBALAN PENGERUSI
MUHAMAD ASLAM BIN SHUKRI
Pemuda yang bercita-cita tinggi ini adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan serta pergerakan aktiviti KOMPIN dengan azam untuk membantu dan membimbing golongan muda yang kurang berkemampuan supaya dapat bersaing dan berjaya bersama.
Berpengalaman dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dan pernah bertugas sebagai Eksekutif Sumber Manusia di salah sebuah rangkaian restoran Tea Garden. Kini beliau bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi di bawah Kumpulan Paradise.
SETIAUSAHA
MOHD NUR ASYRAF BIN AMIR
‘Buat sehabis baik’ menjadi cogan kata beliau dalam apa jua yang dilakukannya. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam bidang Pengurusan Restoran sebelum menceburi bidang penulisan dan pereka konten media sosial.
Beliau cenderung menulis tentang stigma dan warna-warni kehidupan masyarakat dan banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan sejak tahun 2010 bersama Program Khidmat Imigran. Kini beliau bertugas di bawah Kumpulan Paradise sebagai Ketua Pegawai Pemasaran.
Sifat empati yang ada dalam diri beliau mendorongnya bersama-sama menjayakan penubuhan KOMPIN supaya kemahiran yang ada dapat dikongsi bersama komuniti dan golongan-golongan yang sangat memerlukan dapat dibantu secara tersasar.
UNIT-UNIT KUMPULAN PENGURUSAN KOMPIN
Barisan penggerak yang sentiasa berusaha memastikan halatuju KOMPIN dapat direalisasikan
EKONOMI & MODAL INSAN
NUR ASYRENA BINTI AMIR
Beliau merupakan graduan daripada Universiti Teknologi Mara dalam bidang Perakauan. Pernah bertugas sebagai Juruaudit selama beberapa tahun sebelum menyertai Kumpulan Paradise. Misinya menyertai KOMPIN adalah untuk berkongsi kemahiran yang ada dan mahu membantu ramai orang yang memerlukan.
INFRASTRUKTUR DIGITAL & IT
MUHAMAD NUR AKMAL BIN AMIR
Mengepalai unit paling penting dalam KOMPIN adalah satu rahmat bagi beliau. Melalui infra digital yang dibangunkan oleh unitnya, lebih ramai orang dapat dibantu melalui capaian maklumat yang
lebih cepat dan efektif. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang Teknologi Maklumat dan Pembangunan Infrastruktur Digital.
SOSIAL & KEBAJIKAN
UST. SHAMSUDIN BIN JAMALUDIN
Beliau merupakan graduan dalam bidang Tasawuf. Seorang yang mudah mesra dan sentiasa positif. Sesuai dengan jawatan beliau sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Bergiat aktif bersama Persatuan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dalam memperjuangkan nasib pemandu teksi dan banyak melaksanakan aktiviti amal dengan membantu pembangunan rumah anak-anak asnaf.