Bicara Pengasas

#kompincare | #kompinlead

NORDIN BIN OTHMAN

PENGERUSI & PENGASAS

KELAB KEBAJIKAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI PINTAR (KOMPIN)

Salam sejahtera,

KELAB KEBAJIKAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI PINTAR (KOMPIN) adalah merupakan  pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  yang memfokuskan dalam usaha membantu penambahbaikan  kehidupan  komuniti dengan bantuan sains dan teknologi bagi tujuan penjimatan, peningkatan kualiti dan produktiviti.

Seharusnya kita memahami bahawa  pelbagai teknologi  di dunia sedang pesat berkembang yang menjadikan komuniti berubah ke alam digital  dan diantaranya ialah ke arah komuniti tanpa kertas dan komuniti tanpa tunai. Segalanya satu demi satu berubah bukan sahaja cara berkomunikasi tetapi pelbagai aplikasi juga di wujudkan untuk meningkatkan kecekapan dari sudut pengurusan,  ekonomi, sosial  dan kebajikan.

KOMPIN tidak mahu ketinggalan  untuk turut serta dalam usaha  membentuk komuniti pintar yang prihatin  dan memimpin masyarakat  agar dapat  menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa.  Pelbagai program akan digerakkan  melibatkan bantuan dan bimbingan kepada ahli komuniti untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan penguasaan serta kemahiran diri dalam  bidang  teknologi maklumat, pendidikan, kesihatan, alam sekitar dan pengangkutan  yang semakin canggih.

Kami berharap melalui KOMPIN, tanpa mengira agama dan bangsa, lebih ramai yang dapat tampil untuk turut serta meghulurkan tenaga, sokongan moral dan bantuan kewangan bagi melancarkan dan melaksanakan lebih banyak program untuk manfaat semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Sumbangan Ikhlas

#Kompindonate

Sumbangan anda melalui KOMPIN akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, dan penguasaan serta kemahiran diri dalam  bidang  teknologi maklumat, pendidikan, kesihatan, alam sekitar, pengangkutan  yang semakin canggih.

RM3,605 of RM30,000 raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM20.00