Bicara Pengasas
#kompincare | #kompinlead
NORDIN BIN OTHMAN
PENGERUSI & PENGASAS
KELAB KEBAJIKAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI PINTAR (KOMPIN)
Salam sejahtera,
KELAB KEBAJIKAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI PINTAR (KOMPIN) adalah merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan dalam usaha membantu penambahbaikan kehidupan komuniti dengan bantuan sains dan teknologi bagi tujuan penjimatan, peningkatan kualiti dan produktiviti.
Seharusnya kita memahami bahawa pelbagai teknologi di dunia sedang pesat berkembang yang menjadikan komuniti berubah ke alam digital dan diantaranya ialah ke arah komuniti tanpa kertas dan komuniti tanpa tunai. Segalanya satu demi satu berubah bukan sahaja cara berkomunikasi tetapi pelbagai aplikasi juga di wujudkan untuk meningkatkan kecekapan dari sudut pengurusan, ekonomi, sosial dan kebajikan.
KOMPIN tidak mahu ketinggalan untuk turut serta dalam usaha membentuk komuniti pintar yang prihatin dan memimpin masyarakat agar dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa. Pelbagai program akan digerakkan melibatkan bantuan dan bimbingan kepada ahli komuniti untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan penguasaan serta kemahiran diri dalam bidang teknologi maklumat, pendidikan, kesihatan, alam sekitar dan pengangkutan yang semakin canggih.
Kami berharap melalui KOMPIN, tanpa mengira agama dan bangsa, lebih ramai yang dapat tampil untuk turut serta meghulurkan tenaga, sokongan moral dan bantuan kewangan bagi melancarkan dan melaksanakan lebih banyak program untuk manfaat semua pihak.
Sekian, terima kasih.