Tentang Kami

#kompincare | #kompinlead

Tentang Kami

Kelab Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Pintar atau KOMPIN adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan penambahbaikan kehidupan komuniti dengan bantuan sains dan teknologi bagi tujuan penjimatan, peningkatan kualiti dan produktiviti serta kebajikan ahli komuniti. KOMPIN dengan moto ‘KITA PRIHATIN, KITA PIMPIN’ akan menjadi wadah pembentukan komuniti pintar yang dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi masa kini tanpa meninggalkan nilai-nilai murni bangsa agar ahli komuniti hidup sejahtera dan harmoni.

Misi

  • Membantu mengumpul dan menyalurkan bantuan kebajikan kepada komuniti
  • Mewujudkan jalinan kerjasama antara ahli komuniti
  • Membimbing ke arah mentransformasikan ahli komuniti supaya lebih produktif dan berdaya saing

Visi

Pemangkin kepada perubahan minda, peningkatan keupayaan komuniti dan ke arah mewujudkan komuniti yang berdaya saing

KITA PRIHATIN

KELAB KOMPIN ADALAH WADAH BAGI AHLINYA MENGUMPUL DAN MENGAGIHKAN  PEMBIAYAAN DANA, PERALATAN, BANTUAN ASAS  KEPADA AHLI KOMUNITI  DENGAN TUJUAN MENCAPAI  MISI DAN VISI  KELAB.

KITA PIMPIN

KELAB KOMPIN  BERPERANAN UNTUK MEMIMPIN AHLI KOMUNITI MELALUI PROGRAM SEPERTI SEMINAR DAN BENGKEL. INI MERUPAKAN SALAH SATU INISIATIF MEMBANTU MEREKA MENINGKATKAN KEMAHIRAN , KUALITI, PRODUKTIVITI SERTA KEBERKESANAN  DALAM BERDAYA SAING.

Sumbangan Ikhlas

#Kompindonate

Sumbangan anda melalui KOMPIN akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, dan penguasaan serta kemahiran diri dalam  bidang  teknologi maklumat, pendidikan, kesihatan, alam sekitar, pengangkutan  yang semakin canggih.

RM3,608 of RM30,000 raised
RM
Log In to Your Account (optional)

Donation Total: RM20.00